Berkawan biar Ikhlas

haaaaa uols...datang sikit ilham...
apakah ilham itu???tuh haaaa....macam yang diatas...
"BERKAWAN BIAR IKHLAS "
uols nak tahu kenapa dza buat entry seperti tajuk diatas???
Jom dza kongsikan
^_______________________^
Sebenarnya kita nie kan uols kalau nak berkawan
carilah kawan yang boleh dipercayai dan bukan jenis kawan yang haprak
haaaa kenapa dza kata macam tu???
Jangan cepat memilih kawan yang tak dikenali
karang ada juga kawan makan kawan, kawan talam dua muka, kawan tak ikhlas,
kawan diam-diam ubi berisi, kawan tikam belakang,
kawan ada udang disebalik mee..
Dza cakap begini sebab dza dah ada pengalaman uols
Pengalaman itu perit tapi mengajar dza bagaimana nak memilih seseorang sebagai kawan
Ada la beberapa orang ( hamba ALLAH ) yang berkawan dengan dza tetapi ada udang disebalik mee..
uols tahu tak dalam diam mulut mereka inilah menjatuhkan maruah dza dan memburukkan nama dza
rupa-rupanya mereka berkawan sebab ada plan nak dibuat..
wwwoooooooowww..!! dahsyat betul..sehinggakan disebabkan mulut mereka ini kesemua
kawan dza menjadi kawan makan kawan, talam dua muka dan sebagainya
Hey uols..kita tak sempurna jadi tak payahlah kita nak anggap diri kita memang paling perfect dan dialah segalanya yang buruk...
Baik disini nama dza dan maruah dza memang dah buruk dan dah jatuh
dan suatu hari kebenaran akan ditegakkan..Dza percaya segala pembalasan semua dibayar cash dari ALLAH..
Jadi jika uols nak berkawan biarlah seikhlas hati..bukan bila dah berkawan tu hati jadi busuk nak menjatuhkkan orang.. uolas tahu tak kerana satu mulut habis semuanya
umpama "kerana nila setitik habis susu sebelanga"
Jadi uols berhati-hatilah dengan orang seperti ini,
Didepan baik uols..pijak semut tak mati..
Kita ada hak untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita..
Semua keputusan ada pada diri kita..
Terpulang apa orang nak cakap,
Yang penting kita tahu niat kita bagaimana
dan tak guna jika kita nak menjaga hati orang
biarpun kita terangkan tetapi orang lain tetap salahkan kita..
Jadi tidak perlulah uols buang masa nak menjaga hati orang dan memikirkan hal orang lain
Fikirkan diri uols dari berkawan dengan orang sebegini..
Berhati-hati
^_______________________________________^
notakaki: ibu adalah kawan,sahabat dan kekasih..berkawan,bersahabat dan berkasihlah dengan ibu

Dah Terjah Diaries Ni?? Suka Sila Tinggalkan Tapak Anda

0 7190 Nak Tahu Rahsia Dza: