Tips Menarik Untuk Gaya Mata Yang Menawan

Assalamualaikum
Hari ni dza nak kongsikan pada uols
yang nak mata menawan tuhhh..
meehhh laaaayyaaannn jaaappp..



Trendsetter kali ini, dza bakal bawakan pada anda tips-tips untuk memiliki gaya dan warna mekap yang sesuai untuk mata anda ketika menghadiri majlis makan malam ataupun keluar bersama si dia.
Terdapat banyak cara untuk anda kelihatan cantik, namun bukan senang untuk menyesuaikan sesuatu mekap itu dengan kulit anda. Apa yang penting anda mesti tahu asas dan cara-cara yang betul apabila mengenakan mekap.
Pertama sekali, foundation haruslah diletakkan dahulu – ada 2 jenis foundation iaitu krayon yang kurang berminyak dan bedak. Jenama yang paling sesuai ialah Dermacolor, ianya bagus untuk semua jenis kulit.
Kemudian, loose powder haruslah di-layer-kan di atas foundation anda tadi. Jika anda tidak mahu pakai pun tidak apa. Ianya pilihan anda, mana satu yang selesa.
Selepas itu, anda warnakan hitam di bahagian tepi mata. Buat mengikut bentuk anak bulan dekat dengan kelopak mata bermula dari hujung mata hingga bahagian tengah kelopak mata.

Di bahagian tengah mata pula, pakaikan mekap berwarna biru gelap jenama Mac yang menjadi pilihan ramai. Kemudian, masukkan mekap jenama Mac berwarna Ricepaper dekat hujung dalam mata ataupun Lightbrown.

Akhir sekali, pakaikan warna putih atas mekap yang dikenakan di atas kelopak mata tadi.
Jika ingin kelihatan lebih menarik, anda boleh pakai celak jenama Elianto berwarna Brown. Kemudian tambah maskara jenama Miss Rose. Jangan lupa kenakan blusher jenama Mac + Bodyshop sebagai penutup, kemudian lapiskan dengan Mac Powder.
Dan, sudah. Anda kini kelihatan bersedia dan cantik untuk keluar. Selamat mencuba.

notakaki:untuk tampil mata menawan boley la try yaaaaaaa

Dah Terjah Diaries Ni?? Suka Sila Tinggalkan Tapak Anda

2 7190 Nak Tahu Rahsia Dza:

zara'adha said...

part area mata mmg sush beno nk mekap bg cantik..leh lah ajar nnt yer..hehe

✿CekolatCelop✿ said...

@zara'adha : boley je yunk..no halll